Kedai Barangan Rasmi JDT Bakal Diperkenalkan Di Stadium Sultan Ibrahim
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Kedai Barangan Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kini dalam peringkat terakhir pembinaan sekaligus bakal diperkenalkan kepada para penyokong tidak lama lagi.

Usaha yang dilakukan ini dilihat bagi mengeratkan lagi hubungan antara kelab dan juga penyokong yang setia memberikan sokongan.

Kedai ini merupakan sebahagian daripada fanzone di Stadium Sultan Ibrahim selain turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kafe dan juga taman permainan.

Advertisements

Ia juga akan menjadi ‘engagement zone’ buat para penyokong yang berkunjung ke Home Of The Southern Tigers pada bila-bila masa.

Usaha ini juga bagi menggalakkan lagi kehadiran penyokong untuk memeriahkan kawasan stadium sama ada pada hari perlawanan dan bukan hari perlawanan.

Advertisements

Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim juga dilengkapi dengan pelbagai kedai lain seperti Woodfire, Subway dan juga KFC buat para penyokong.

Usaha ini dilihat mendapat respon yang menggalakkan daripada rata-rata penyokong bola sepak tanah air.

Advertisements

JDT juga baru sahaja pulang daripada aksi pra-musim di Dubai dan kini bersedia untuk kempen Liga Super tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram