Kefasihan Elias Dolah Berbahasa Melayu Cuit Hati Netizen
Hiburan
Changsuek
Advertisements

Telatah Bek tengah Bali United dari Thailand, Elias Dolah ketika bertutur dalam bahasa melayu menarik perhatian peminat bola sepak.

Dalam satu hantaran di laman X, penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Ahmad Ridzuan AG, pemain kelahiran Sweden itu sedang ditemubual oleh seseorang yang memberikan soalan tentang nama, tempat tinggal dan kelab beliau beraksi.

Kefasihan beliau berbahasa melayu itu membuatkan beliau menjawab soalan tersebut dengan tenang.

Advertisements

“Assalamualaikum, nama saya Elias Dolah. Saya tinggal di Narathiwat, Thailand dan kini bermain bersama Bali United,” katanya di dalam video itu.

Beliau telah diberi kepercayaan pengendali Changsuek, Masatada Ishii untuk beraksi di dalam kesebelasan utama pada perlawanan Piala Asia 2023 menentang Oman semalam yang berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.

Advertisements

Pemain kelahiran Sweden yang sebelum ini pernah berkongsi sebab memilih pasukan Thailand berbanding Malaysia. Antaranya adalah dari aspek kerakyatan dan peluang beraksi di Thailand mendorongnya memilih negara itu pada akhirnya.

Tahun ini merupakan tahun pertama buat Elias Dolah berkelana dibumi Indonesia, kini direkodkan telah beraksi 21 perlawanan, dua jaringan dalam perlawanan Liga 1, Indonesia dan pernah bermain 1 perlawanan di Kelayakan Liga Juara-Juara Asia serta lima penampilan dengan satu jaringan gol di AFC Cup sejak tahun 2023/2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram