Dunia
Photo: Football Association of Malaysia
Advertisements

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan mencuri tumpuan peminat tanah air apabila telah pun menjalani latihan bagi persiapan skuad negara bermula sejak hari Sabtu yang lalu.

Kem latihan pusat itu dijalankan secara kuarantin bagi memastikan para pemain yang dipanggil dapat membuat persiapan yang secukupnya di samping mengelakkan penularan wabak COVID-19 berlaku dalam kem tersebut.

Menurut kenyataan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seramai 28 orang pemain telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas negara. Mereka telah pun melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya seterusnya menjalani latihan sejurus selepas itu.

Advertisements

Skuad bola sepak wanita negara bakal membuat persiapan rapi sehingga 14 September seperti yang telah dijadualkan.

Pasukan yang dibimbing oleh Jacob Joseph itu dijadualkan bertemu dengan pasukan Palestin dan Thailand yang telah diundi bersama dalam Kumpulan H bagi kejohanan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022.

HM Insert Kegigihan Harimau Malaya Wanita Berlatih Terima Pujian Penyokong
Photo: Football Association of Malaysia

Perlawanan ini dijangka bakal berlangsung bermula dari 19 September hingga 25 September 2021 di Palestin.

Advertisements

Kesungguhan yang dipamerkan oleh para pemain dalam latihan mendapat perhatian penyokong bola sepak tanah air yang rata-ratanya inginkan pasukan tersebut memberikan yang terbaik.

Mereka dilihat mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan pemain yang bakal membawa cabaran negara ke kejohanan tersebut.

Terdapat juga beberapa cadangan yang diuar-uarkan oleh peminat bola sepak untuk melihat skuad bola sepak wanita ini tampil lebih gagah ketika menyarung jersi negara.

Advertisements

Kita ucapkan selamat maju jaya buat barisan pemain Harimau Malaya Wanita sambil berharap keputusan yang positif bakal diterima kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram