Kehadiran Tiga Pemain Import Tidak Lenturkan Semangat Nurshamil
Dunia
trwkelantanfc
Advertisements

Penjaring terbanyak tempatan Liga Premier 2021, Nurshamil Abd Ghani bersedia untuk bersaing dengan pemain import untuk merebut kesebelasan utama skuad Kelantan FC musim ini.

Meskipun Kelantan FC pada musim ini telah mendatangani tiga penyerang import, ianya bukan satu halangan untuk pemain berusia 27 tahun ini menonjolkan kredibilitinya di atas padang.

“Kerja keras tu memang pasti akan ada dan tahun ini akan lebih sukar dari tahun lepas, jadi saya sendiri kena buat persiapan yang lebih baik.

Advertisements

“Contohnya, saya kena beri sesuatu dalam setiap perlawanan persahabatan selepas ini untuk lebih mudah mengambil tempat selepas liga bermula nanti.

Tambah Shamil, beliau optimis dengan peluang yang ada dan akan terus mempamerkan aksi terbaik bersama Kelantan FC.

“Tetapi semuanya akan bergantung kepada barisan kejurulatihan untuk memberi peluang kepada saya walaupun kita tahu pasukan ada tiga pemain import yang berkualiti, tetapi saya positif peluang tetap akan ada untuk saya”, kata Nurshamil kepada MFL.

Advertisements

Baru-baru ini penyerang Kelantan FC ini berjaya menjaringkan satu gol pada aksi persahabatan menentang pasukan Selangor FC di Stadium UiTM Shah Alam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram