Blog
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Nama Rozaimi Abd Rahman bukanlah sesuatu yang asing bagi peminat bola sepak Malaysia. Sebelum berlakunya tragedi pahit yang menimpa beliau, beliau merupakan seorang penyerang yang sangat berbisa dan merupakan tunjang utama pasukan yang diwakili ketika itu.

Sebelum menyertai pasukan Kedah, Rozaimi menabur bakti bersama pasukan Johor Darul Ta’zim selama 5 tahun bermula pada tahun 2016 dan kebanyakan aksi beliau adalah untuk JDT 2. Namun beliau sangat berterima kasih kepada pemilik JDT ,Tunku Ismail Idris (TMJ) selaku individu yang membawa beliau menjalani pemulihan bersama JDT selepas kemalangan ngeri yang dilalui.

Untuk musim 2021, Kedah Darul Aman FC Berjaya mendapatkan tandatangan bekas ‘wonderkid’ negara itu bagi mengharungi kempen bersama skuad hijau kuning. Ternyata keputusan Rozaimi beraksi bersama pasukan Kedah adalah sangat tepat kerana beliau kerap diberi peluang untuk beraksi oleh Aidil Shahrin selaku pengendali pasukan.

Advertisements

Untuk rekod, Rozaimi telah turun 9 kali pada musim ini dan telah menghasilkan satu bantuan gol ketika berdepan Kuala Lumpur City FC. Kali terakhir beliau kelihatan dalam senarai pemain Kedah ketika hari perlawanan ialah pada 8 Mei dalam perlawanan menentang Sabah FC di mana beliau diletakkan di bangku simpanan.

Penyokong Kedah acap kali meninggalkan komen bertanyakan mengenai misteri kehilangan Rozaimi Abd Rahman yang pernah digelar ‘Neymar Malaysia’ itu dan ada yang membuat andaian mengenai kepulangan pemain itu ke Sabah. Pastinya penyokong merindui kelincahan Rozaimi Rahman di atas padang. Sehingga kini, tiada lagi info rasmi mengenai status Rozaimi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

Rozaimi Kehilangan Rozaimi Rahman Cetus Tanda Tanya Penyokong Kedah

Muat naik terbaru di laman Instagram Rozaimi pada 3 minggu lepas adalah mengenai perniagaan gunting rambut yang sedang diusahakannya. Kedai gunting rambut itu terletak di Pekan Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Advertisements

Rozaimi pernah memberitahu bahawa adalah impiannya beraksi bersama pasukan Kedah

“Tiada masalah untuk saya berhijrah ke Kedah, saya cuma hendak mencari pengalaman bersama pasukan Kedah, sebelum ini pun memang niat saya untuk bemain dengan Kedah.” Jelas Rozaimi.

Sememangnya sebagai penyokong, mereka mahu melihat setiap pemain beraksi namun perlu diingatkan bahawa jurulatih pasukan mengetahui apa yang terbaik untuk pasukan dan Kedah kini dalam momentum terbaik selepas menumbangkan Terengganu FC. Ianya sangat baik dan sekurang-kurangnya mampu mencabar Johor Darul Ta’zim yang kini selesa di puncak liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram