Keisuke Honda: Kejarlah Impian Anda Sehingga Ia Tercapai
Asia Tenggara
@theaseanball
Advertisements

Dengan kekalahan 2-1 Kemboja di tangan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A Sukan SEA 2023 semalam, maka berakhirlah sudah perjalanan Keisuke Honda bersama Angkor Warriors. Bagi legenda Jepun itu, beliau berharap bola sepak Kemboja akan terus menunjukkan peningkatan selepas ini.

Sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) pada 2018, mutu bola sepak negara itu telah mencatat peningkatan di bawah pemantauannya. Ini termasuk kemunculan bakat-bakat baru seperti Sieng Chantea dan Lim Pisoth.

Justeru, dalam satu kenyataan terbukanya kepada para penyokong Angkor Warriors, Honda berharap mereka akan terus memberi sokongan kepada pemain-pemain ini untuk berjaya di atas padang.

Advertisements

“Selamat pagi. Seperti yang anda tahu, projek saya bersama skuad kebangsaan Kemboja berakhir semalam. Kami mahu menggembirakan anda dengan keputusan yang lebih bagus tetapi itu tidak berlaku.

“Janji-janji yang dimungkiri dan tidak realistik kadang-kadang menyukarkan untuk kita menerimanya. Saya banyak kali mengalaminya sepanjang pengembaraan ini sejak 2018.

Advertisements

“Tetapi anda (para penyokong) merupakan sumber tenaga dan harapan saya. Itulah sebab saya meneruskan projek ini sehingga ke akhirnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

“Anda banyak membantu saya dan para pemain. Saya amat bangga dengan anda semua. Akhirnya, saya ingin memberitahu anda tentang kata-kata ini: kejarlah impian anda sehingga ia tercapai. Terima kasih dan jumpa lagi,” katanya seperti yang dilaporkan Zing News.

Advertisements

Honda bagaimanapun tidak mendedahkan apa perancangannya selepas ini. Tetapi yang pasti, sumbangannya kepada bola sepak Kemboja dalam tempoh lima tahun ini tidak akan dilupakan para penyokong Angkor Warriors.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram