Keisuke Honda Kemudi Kemboja Tanpa Gaji
Trivia
indosport
Advertisements

Pemain terbaik Asia suatu ketika dahulu, Keisuke Honda difahamkan tidak menerima gaji dalam peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja. Beliau dikatakan secara sukarela untuk membantu struktur pasukan bola sepak Kemboja.

Pada tahun 2018, Honda secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja sehingga tahun 2023. Pada masa yang sama, beliau masih aktif sebagai pemain bola sepak profesional pasukan FK Suduva yang berpangkalan di Lithuanian.

Sebagai membalas budi, Persatuan Bola Sepak Kemboja (FFC) menyatakan bahawa akan menanggung segala perbelanjaan kepada Honda dari segi penginapan, perjalanan pergi dan balik serta tugas-tugas khas. Oleh kerana masih bermain buat pasukan FK Suduva, maka Honda akan melatih pasukan Kemboja secara video conferences atau Skype yang disediakan khas oleh FFC.

Advertisements

Untuk pengetahuan, selain berperanan mengemudi pasukan kebanggsaan Kemboja, beliau juga membuka sebuah Sekolah yang diberi nama Soltilo Familia Soccer School dan telah betapak di pelbagai negara antaranya Jepun, Kemboja, Thailand dan China. Beliau gembira untuk membantu komuniti-komuniti disana dengan kepakaran yang dimilikinya.

Menurut info, kehadiran Honda sebagai jurulatih adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang dicanangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kemboja itu sendiri. Hal ini kerana Kemboja merupakan tuan rumah bagi SEA Games 2023.

Sikap murah hati Honda dalam membantu pasukan bola sepak Kemboja sangat dihargai oleh ramai pihak terutamanya Presiden Bola Sepak Kemboja, Sokha. Beliau turut dibantu oleh rakan senegaranya dalam mengemudi Kemboja antaranya ialah Kazunori Ohara (Technical Director) dan Ryu Hirose (Team Coach).

Advertisements

“Dia dengan murah hati memberikan waktunya untuk membantu sepak bola Kamboja. Tapi, FFC akan membayar seluruh pengeluaran bepergiannya, akomodasi serta yang berkaitan dengan tugas-tugasnya,” kata Sokha kepada bolasport.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram