Keisuke Honda: Sukan SEA Sangat Mencabar
Dunia
keisukehonda
Advertisements

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja, Keisuke Honda menganggap cabaran beraksi di Sukan SEA sangat mencabar dan ianya bukan satu perkara yang mudah. 

Ini adalah tahun ke-4 buat Honda mengendali pasukan Kemboja selepas secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja pada tahun 2018 sehingga tahun 2023.

Pasukan Kemboja kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan B berkongsi mata bersama Thailand dan Malaysia selepas berjaya menewaskan pasukan Laos pada perlawanan pertama dengan keputusan 4-1. 

Advertisements

Cabaran seterusnya buat pasukan kendalian Keisuke Honda ini pada 11 Mei ini yang dijadualkan akan bertemu pasukan Singapura. Walaupun perlawanan melibatkan beberapa buah negara sahaja, Honda menganggap ia tugas sukar.

Sukan SEA bukan mudah- Keisuke Honda 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram