Komuniti
BolaKid
Advertisements

Kejohanan BolaKid 2023 anjuran Pertubuhan Abata Sukan Rekreasi (Abata) mendapat sambutan hangat bila dianjurkan pada akhir bulan Oktober lalu.

Kejohanan yang kini memasuki edisi keempat itu membuka penyertaan kepada semua pasukan B-12 di seluruh negara.

Justeru, tidak hairanlah apabila gelanggang kejohanan dibuka pada 28 Oktober lalu, 450 pemain muda yang mewakili 28 pasukan bola sepak mengambil bahagian.

Advertisements

Kebanyakan pasukan ini bukan saja datang dari negeri-negeri utara Malaysia termasuk Perlis. Malah, ada juga pasukan yang datang dari selatan Thailand.

Menurut Penaung Pertubuhan Abata Sukan Rekreasi (Abata), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, beliau melihat Kejohanan BolaKid 2023 ini sebagai platform mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi.

Advertisements

Tidak mustahil pemain-pemain yang dikenalpasti ini bukan saja berpotensi mewakili pasukan di peringkat negeri. Malah, mereka juga akan berpeluang mewakili Malaysia satu hari nanti.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan mengalas tanggungjawab dalam kita menyerlahkan bakat para pemain  ini seawal usia kanak-kanak lagi.

Advertisements

“Ibu bapa atau keluarga juga turut berperanan penting menyokong anak-anak khususnya mereka yang berminat dalam sukan bola sepak ini agar bakat yang ada tidak terpendam begitu sahaja,” katanya semasa meninjau perjalanan kejohanan itu.

Abata MakanBola 1 Kejohanan BolaKid Terima Sambutan Hangat, Cungkil Lebih 450 Orang Bakat Baharu
BolaKid

Kejohanan ini menggunakan format sembilan sebelah dan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM8,000.

Advertisements

Pasukan B-12 Perlis United muncul juara kejohanan selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas AS Red Hawk.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram