Kejuaraan B-17 ASEAN: Jurulatih Vietnam Anggap Malaysia Lawan Berbeza
MakanBola
Vietnam FF

Jurulatih Vietnam Bawah 17 Tahun (B-17), Cristiano Roland melabel skuad Malaysia B-16 sebagai lawan berbeza menjelang aksi final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026.

Pandangan itu dibuat beliau apabila ditanya tentang anak buah Shukor Adan itu sebagai lawan Vietnam di pentas final.

Roland menganggap skuad muda Malaysia kelihatan berbeza dari segi prestasi dan persembahan di atas padang sejak tewas 4-0 kepada anak buahnya pada 13 April lalu.

Sejak itu, Malaysia merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Ini termasuk meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Laos di peringkat separuh akhir.

Justeru, Roland mahu Vietnam menampilkan prestasi terbaik jika mahu bergelar juara buat kali pertama sejak edisi 2017.

“Kami masih ada perlawanan penting yang perlu diharungi. Seluruh pasukan perlu mengekalkan fokus yang tinggi dan membuat persiapan terbaik untuk final.

“Malaysia akan turun dalam aksi final dengan mentaliti dan prestasi. Jadi, kita perlu membuat persiapan terbaik dan kekal bersikap objektif,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Vietnam dan Malaysia bakal berentap di pentas final pada 24 April. Skuad muda Vietnam berharap dapat mengulangi kejayaan bergelar juara pada 2017 ketika pasukan itu dibimbing Vu Hong Viet.