Kekebalan Shahrul Saad Buat Kelantan Buntu Di Laman Sendiri
Dunia
Jdtfootballfans
Advertisements

Kehadiran semula pertahanan tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad dilihat memberi impak yang cukup besar buat pasukan apabila pasukan tuan rumah dilihat buntu untuk mendapatkan jaringan sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, bekas pertahanan Perak FC ini menjadi watak penting apabila pasukan pelawat turun dengan formasi tiga pertahanan tengah menjadi nadi buat pasukan.

Gandingan bersama pertahanan import, Mauricio Dos Santos dan juga pemain muda, Feroz Baharudin nyata membuahkan hasil apabila keserasian dan juga persefahaman yang baik telah membantu barisan pertahanan tidak dibolosi sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain yang mesra disapa ‘badang’ ini turut memberikan kualiti tambahan terutamanya dalam situasi bola mati apabila kehadirannya dalam kotak penalti lawan mampu untuk menjelmakan sesuatu.

Hasilnya, pemain berusia 29 tahun ini berhasil untuk menjaringkan satu gol pada minit akhir perlawanan untuk memastikan pasukan kendalian Benjamin Mora pulang dengan 3 mata penuh.

Ini juga sekaligus menjadikan JDT berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan sambil dibolosi hanya dengan satu gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram