Johor Darul Ta’zim (JDT) berpotensi untuk bertemu beberapa kelab besar dari England dan Sepanyol musim hadapan.
Baru-baru ini, pemilik kelab JDT iaitu DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan bahawa skuad Harimau Selatan akan mengharungi aksi pra-musim di Sepanyol.
JDT sebelum ini sudah mengharungi aksi pra-musim di Sepanyol musim ini dan mendapat sekitar 7 aksi kompetitif bertemu kelab di sana.
Baginda dalam satu kenyataan memberi bayangan awal bahawa JDT bakal ke Sepanyol sekali lagi namun bakal bertemu lawan dari serata dunia.
“Aksi pra-musim kali ini, JDT akan ke Sepanyol sekali lagi. Kita juga melihat perlawanan berkualiti yang bakal diperoleh di sana selain pasukan dari England, Jerman dan Itali turut ke sana (Sepanyol), ujarnya.
DYAM Tunku Ismail turut menjelaskan bahawa kelab memiliki perancangan untuk membawa masuk beberapa pemain warisan selepas saingan musim ini tamat.
“Semua itu sememangnya berada dalam perancangan (pemain warisan baharu), tetapi kita perlu tunggu sehingga Piala Malaysia habis,” tambahnya di Johor Southern Tigers.
JDT kini menanti aksi Final Piala Malaysia 2025 selepas merangkul tiga trofi domestik iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.