Sebuah Kelab Luar Negara Pancing Khidmat R. Kogileswaran
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Ketika ramai bekas pemain Petaling Jaya City (PJ City) sudah menemui pasukan baharu untuk diwakili musim 2023, namun situasi berbeza buat pemain tengah, R. Kogileswaran yang sehingga kini masih belum mengumumkan destinasinya musim hadapan.

Gosip perpindahan Kogileswaran bertebaran sejak bulan lalu yang mana manyaksikan dua pasukan Liga Super iaitu Selangor FC dan Penang FC dikaitkan akan membawa pemain berusia 24 tahun itu bagi saingan musim hadapan.

Gosip tersebut dijangka tidak akan menjadi kenyataan apabila difahamkan Kogileswaran akan berhijrah ke pasukan luar negara bagi melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Advertisements

Perkara itu disahkan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran melalui satu ciapan di laman Twitter miliknya. Namun pasukan luar negara manakah yang akan disertai oleh Kogileswaran pada musim 2023 masih menjadi tanda tanya.

Untuk musim 2022, Kogileswaran telah diturunkan dalam 23 perlawanan melibatkan PJ City untuk semua pertandingan. Belliau berjaya mencetak dua jaringan dan menghasilkan dua bantuan gol serta mengumpul 800 minit permainan keseluruhan.

PJ City disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam kempen Liga Super musim hadapan. Ini menyebabkan pemain-pemain utama pasukan itu telah berhijrah mendapatkan pasukan baharu seperti Darren Lok (Sabah), Ruventhiran (Selangor) dan Kalamullah Al-Hafiz (Kedah Darul Aman FC).

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram