Kelab Malaysia Berpeluang Uji Pasukan Bundesliga
Malaysia
VfL Wolfsburg
Advertisements

Kelab di Liga Malaysia berpeluang cerah untuk menguji kekuatan wakil Bundesliga selepas jalinan kerjasama telah temetrai baru-baru ini.

Pengumuman mengenai kedatangan kelab Liga Jerman, VfL Wolfsburg di Malaysia telah membuka satu lembaran baharu buat bola sepak negara ini.

Majlis pelancaran berkenaan pembukaan rasmi pejabat kelab tersebut di Zon Asia di Menara Metrade, Kuala Lumpur sekaligus menjadi Malaysi sebagai rakan kerjasama strategik baharu.

Advertisements

Berdasarkan keterangan yang telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif VfL Wolfsburg, Michael Meeske, pembukaan pejabat Kuala Lumpur ini membuka lembaran baharu berkaitan kerjasama dengan kelab Malaysia.

Selain daripada bentuk kerjasama seperti mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke perniagaan (B2b) berkaitan bola sepak di rantau ini, antara aspek yang dinantikan adalah berkenaan kedatangan kelab tersebut ke Malaysia bagi aksi persahabatan pada masa akan datang.

Advertisements

Meeske tidak menolak kemungkinan akan ada aksi yang boleh diatur antara dua pihak untuk mempromosikan bola sepak di rantau ini dan juga Eropah.

“Kami mungkin akan membawa pasukan ke Malaysia untuk bekerjasama dengan pasukan lain di sini. Itu misi kami dalam bola sepak.”

Advertisements

“Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pasukan, penaja, syarikat dan juga institusi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perkara ini juga bakal membuka peluang kepada kelab di Malaysia untuk mengatur aksi persahabatan selepas pasukan seperti JDT yang sudah pun berdepan Borussia Dortmund pada akhir musim 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram