Kelab Terkemuka Jepun Tundukkan Skuad AMD B-17 10-0
Asia
NFDP
Advertisements

Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17) membuka kempen Sanix Cup 2024 dengan langkah kiri semalam.

Ini selepas pasukan itu tewas besar 10-0 kepada skuad remaja Gamba Osaka dalam aksi pertama Kumpulan D.

Khabar ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak Jepun, Ahmad Ridzuan AG di X semalam.

Advertisements

“Perlawanan pertama (Kumpulan D Sanix Cup) AMD B-17 kalah 10 gol tanpa balas kepada Gamba Osaka Youth sebentar tadi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan skuad remaja Gamba ini beraksi dalam Takamado Prince League 2023 (Kansai) (liga divisyen dua B-18 Jepun). Pasukan itu mengakhiri kempen liga pada tahun lepas di kedudukan keenam.

Ahmad Ridzuan menjangkakan skuad muda AMD bakal berdepan tugas lebih sukar bila menentang Aomori Yamada High School yang berlangsung pada hari ini.

Advertisements

Ini kerana pasukan ini merupakan antara pasukan bola remaja elit Jepun dan telah melakar pelbagai pencapaian hebat termasuk bergelar juara All Japan High School Soccer Tournament pada 2023.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada jam 11.15 pagi. Peminat bola sepak negara yang ingin menonton perlawanan tersebut boleh pergi ke saluran YouTube GreenCard Live.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram