Ads
UltraSukan
FA Malaysia

Skuad wanita Selangor FC terus terperosok di tangga tercorot di Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 apabila dibelasah Kelana United 4-2 hari ini.

Advertisements

Selangor tahu mereka memerlukan kemenangan bagi merapatkan jurang dengan LMS Tigress dan Kelana United yang masing-masing menduduki tangga kelima dan keempat LWN.

Advertisements

Manakala Kelana United pula yang mempunyai kelebihan satu perlawanan berharap dapat kembali ke kedudukan teratas liga.

Advertisements

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Kelana United yang diperkuat beberapa pemain Malayan Tigress mendominasi perlawanan.

Tempoh 10 minit awal menyaksikan Henrietta Justin meledakkan dua gol pada minit keenam dan kelapan.

Advertisements

Dian Aqilah Mohammed Imran merapatkan jurang untuk Selangor pada minit ke-24. Bagaimanapun, Nur Ainsyah Murad memastikan Kelana United mendahului 3-1 menerusi gol pada minit ke-40.

Bersambung pada babak kedua, Kelana United yang dibimbing bekas kapten Selangor, Razman Roslan terus meningkatkan serangan.

Henrietta mencipta hatrik dengan menyumbat gol keempat pasukan itu pada minit ke-54. Tiga gol ini memperkukuh kedudukannya sebagai penjaring terbanyak liga musim ini.

Pemain gantian, Nurul Nuha Sharipuddin menyumbat gol kedua Selangor pada minit ke-87.

Bagaimanapun, gol tersebut sudah terlewat untuk menghalang Kelana United daripada meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini melonjakkan Kelana United ke tangga kedua liga. Manakala Selangor pula terus terperangkap di tangga tercorot LWN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram