Advertisements
Kelantan Akan Guna Import Muda Kos Bawah RM9000 Dari Thailand
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan

Diskusi jumlah pemain import yang ramai bermula musim hadapan hangat diperkatakan netizen dan ada yang memberikan amaran kelab bakal mengalami masalah kewangan namun hal yang berbeza berlaku buat Kelantan FC.

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman (Zamsaham) menjelaskan bahawa Kelantan tidak akan ‘membazir’ membawa masuk kesemua 9 import dari negara-negara kuasa besar bola sepak dunia sebaliknya akan menggunakan import muda dari Thailand dan negara Asia lain.

Menurutnya, kos membawa masuk import muda dari Thailand hanya sekitar RM9000 dan ianya bersesuaian dengan kewangan kelab agar tidak terjerat dengan masalah kewangan.

“Nak pakai import 9 (9 orang) atau tak terpulang. Kita di Kelantan akan ambil import-import dari kelab Thailand atau negara-negara Asia yang mempunyai pemain muda. InshaAllah boleh dapat harga bawah $2000 (RM8900).

“Pemain piala president akan dibawa ke Liga Simpanan. Fokus saya adalah jumlah perlawananan. Lebih banyak perlawanan, lebih banyak pendapatan.” Jelas Zamsaham menjawab komentar pengikutnya di Facebook.

Sebelum ini hangat diperkatakan oleh netizen yang sebahagiannya tidak bersetuju dengan penggunaan 9 import namun MFL turut menjelaskan bukan semua pemain import boleh beraksi dalam satu-satu perlawanan.

Pemain-pemain import akan dikumpulkan bawah 1 kelab dan kelab boleh membuat pertukaran pemain tanpa had dari liga simpanan ke skuad utama sekaligus memberikan daya saing tinggi kelab Malaysia di Asia.