Advertising
Kelantan Bakal Miliki Padang Latihan & Pusat Pemulihan Sukan Sendiri
MakanBola
TRW KELANTAN FC

Pasukan Kelantan FC bakal memiliki padang latihan baharu dan pusat pemulihan sukan sendiri.

Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham dalam satu kenyataan pada semalam memaklumkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu bakal menyediakan kemudahan fasiliti sukan terbaik untuk para pemain.

Ad

Dalam satu hantaran Bos Zam di Facebook miliknya, beliau menjelaskan bahawa pelan jangka masa panjang buat pasukan TRW sudah dirancang. Ia merupakan satu pelan yang baik untuk pasukan 5 tahun ke hadapan.

Ad

“Tak lambat tak cepat. InshaAllah kita akan ada padang latihan sendiri siap dengan pusat pemulihan. Yang penting pelan 5 tahun kedepan dah ada,” tulis Zamsaham.

Skuad Kelantan yang kini di bawah kendalian jurulatih baru, Choi Moon-sik sudah mula menjalani latihan rasmi pasukan sebagai persediaan sebelum sepak mula Liga Super 2023 Februari kelak.

Ad

Kelantan tahun ini dilihat benar-benar serius untuk menempatkan pasukan di kelompok terbaik dalam liga. Beberapa muka-muka baharu juga turut dilihat menjalani latihan bersama pasukan.

Ad

Kelantan secara rasmi bakal mengumumkan senarai akhir barisan skuad musim ini pada awal Februari. Pastinya ramai dalam kalangan peminat pasukan Kelantan tertunggu-tunggu dan sudah tidak sabar untuk melihat keampuhan skuad The Red Warrior untuk musim 2023.

Ad