Kelantan Mahu Bawa Masuk Lim Teong Kim
Dunia
Bernama
Advertisements

Kelantan FC dijangka bakal melakukan satu kejutan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim ke kelab musim hadapan.

Menerusi satu temubual bersama para peminat, pemilik kelab Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menerangkan tentang perancangan pasukan menjelang saingan Liga Super kelak.

Jelasnya, The Red Warriors kini dalam usaha untuk memantapkan lagi barisan pengurusan dan kejurulatihan pasukan dan nama Lim Teong Kim turut berada dalam radar beliau.

Advertisements

Walau bagaimanapun, khidmat bekas jurulatih bawah 19 tahun Bayern Munich ditagih untuk menguatkan lagi Kelantan namun bukan sebagai ketua jurulatih.

Zamsaham menegaskan bahawa perancangan beliau adalah untuk menjadikan Teong Kim sebagai pengarah teknikal kelab.

Ini bertitik tolak daripada pengalaman beliau ketika bersama AMD yang mampu untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam negara.

Advertisements

Malah, jurulatih berusia 54 tahun ini memberi bayangan berminat dengan perpindahan ke kelab pantai timur tersebut apabila beliau dilihat berkongsi ‘khabar angin’ yang telah disahkan ini di Instagram beliau.

Kelantan kini dalam landasan terbaik untuk menjulang Liga Premier musim ini sungguhpun berdepan saingan sengit JDT II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram