Kelantan Buat Kajian Minuman Berkhasiat Untuk Tingkatkan Prestasi Atlet
Dunia
Trwkelantanfc
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Zamsaham teleh mengumumkan bahawa para pemain Kelantan akan dibekalkan dengan jus yang membantu bagi mengekalkan prestasi pada tahap yang terbaik.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Norizam memaklumkan bahawa syarikatnya iaitu Zamburger telah pun mendapat kelulusan untuk menjalinkan kerjasama dengan penyelidik dari UTM bagi kajian jus nenas Bromelain.

Tambahnya lagi, pemilik yang berasal dari Johor itu sudah pun menerima sampel dan juga formula daripada penyelidik bagi menghasilkan satu minuman yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap kecergasan para pemain The Red Warrior.

Advertisements

Usaha ini juga mendapat pelbagai maklum balas positif daripada para penyokong yang tidak sabar mahu menantikan hasil akhir produk itu.

‘Nenas MD2 ke Tuan, saya menantikan produk terbaharu dari Tuan,’ – Jelas Yatimin di ruangan komen.

Bukan itu sahaja, rata-rata daripada kalangan penyokong juga mahu melihat atlet sentiasa dibekalkan dengan makanan yang sihat bagi menjamin persembahan yang konsisten di atas padang.

Advertisements

‘Pemain-pemain TRW perlu amalkan pemakanan sihat dan ia bagus untuk kesihatan dan juga tahap kecergasan,’- Jelas Abdul Rahman di ruangan komen Zamsaham.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram