Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Selepas Diswastakan
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan Zamsaham berkongsi mengenai pasukan dari pantai timur itu.

Zamsaham mendedahkan bahawa pada bulan ini iaitu bulan Julai 2022 merupakan sejarah buat Kelantan FC apabila kali pertama menjana keuntungan sejak kelab ini dibeli oleh beliau pada September 2020.

Keuntungan itu dapat diraih selepas jualan tiket yang memberansangkan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan juga daripada penajaan. Daripada jualan tiket dan penajaan tersebut, Zamsaham dapat menampung segala kos operasi Kelantan FC.

Advertisements

Dianggarkan jumlah kehadiran penyokong ketika perlawanan menentang JDT II tempoh hari adalah sebanyak 6786 orang. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu pasukan Kelantan menjana keuntungan daripada hasil jualan tiket.

Kelantan FC yang dijangka akan beraksi di Liga Super musim hadapan dijangka akan terus mencipta keuntungan di bawah naungan Zamsaham yang umum mengetahui mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Malah Zamsaham juga yakin untuk terus mencipta keuntungan untuk Kelantan FC pada tahun-tahun mendatang dengan sasaran keuntungan menjangkau 10 juta setahun. Dalam masa yang sama, beliau menjadikan Bali United FC sebagai contoh untuk berjaya dalam ‘perniagaan’ bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram