Kelantan Catat Keuntungan Operasi Hari Pertama Liga Perdana
Dunia
Advertisements

Pasukan yang baru diambil alih oleh pengurusan baru di bawah kepimpinan ahli perniagaan dari Johor, Norizam Tukiman mencatatkan keuntungan pada hari pertama perlawanan Liga Perdana semalam.

Dalam perlawanan terbabit TRW Kelantan tewas 0-1 ke atas pasukan pelawat (Perak II) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurut Norizam, Kelantan memperoleh lebih RM43,000 jualan tiket siaran langsung beserta jualan baju edisi terhad ketika siaran dilangsungkan yang disiarkan di laman web rasmi pasukan berkenaan.

Advertisements

Penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan menyambut baik usaha pemilik pasukan Kelantan terbabit dan menganggap ini adalah permulaan pengurusan bola sepak baru buat pasukan yang kekurangan dana penajaan.

“Kelantan memiliki penyokong fanatik yang ramai. Jika dimanfaatkan kelebihan penyokong ini beserta strategi pemasaran berkesan, insyaallah, buat apa pun tetap untung. Yang penting pandai cari duit, pandai jaga duit.” jelas Shahmi di hantaran Facebook HM.

“Jualan tiket (siaran langsung) termasuk T-shirt khas semalam berjumlah RM43,972. Selepas ditolak kos penyiaran, bayar kos stadium dan pengadil secara kasar masih untung,” jelas Norizam di laman facebook rasminya, ZAMSAHAM.

Advertisements

Kebanyakan penyokong pula yakin bola sepak boleh mendatangkan keuntungan jika ia diuruskan oleh orang yang betul.

“Boleh sebenarnya buat bisnes dalam bola sepak Malaysia. Tangga gaji antara yang perlu dikawal.” Jelas Amir Asyraf di ROTP.

Kelantan mampu menjana lebih RM500,000 untuk keseluruhan perlawanan ‘home’ dari hasil jualan tiket ini sekiranya momentum yang sama berjaya dikekalkan dan ia sedikit sebanyak membuka mata pengurusan bola sepak kelab-kelab lain untuk berfikir sesuatu diluar kotak untuk menjana keuntungan buat pasukan mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram