Kelantan Cuba Ulangi Tuah Treble, Bawa Norshahrul Kembali Ke Kota Bharu
Dunia
footballtribe
Advertisements

Dalam satu kenyataan di Twitter, dikhabarkan penyerang Sarawak United, Norshahrul Idlan Talaha dikatakan bakal kembali ke Kota Bharu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini telah dikongsikan di Twitter Berita Bola Kelantan. Berita ini terus mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan apabila ada sumber turut mengatakan bahawa Mohamad Ghaddar juga bakal kembali ke Malaysia sekaligus menjadi tanda tanya adakah duo terbaik suatu ketika dahulu akan kembali beraksi buat pasukan Kelantan.

Untuk Rekod, Norshahrul idlan atau lebih dikenali Matyo berjaya membantu pasukan Sarawak United menjadi Naib Juara Liga Perdana bagi musim 2021. Beliau berjaya menjaringkan empat gol dalam 15 penampilan bersama pasukan.

Advertisements

Selain itu, menurut satu kenyataan di Twitter yang dikongsikan oleh penulis daripada The Star, beliau menjelaskan ada ura-ura mengatakan Mohamad Ghaddar akan kembali ke sebuah kelab di Pantai Timur yang sedang bermain dalam Liga Perdana. Namun, ianya satu percakapan dan belum ada sesuatu yang kukuh untuk membuktikan perkara itu berlaku.

Untuk rekod, Mohamad Ghadar pernah beraksi bersama Kelantan pada tahun 2012,2014.2017 dan 2018. Kali terakhir beliau beraksi di Malaysia adalah pada tahun 2019 bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (II).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram