Advertising
Kelantan Dijangka Terima Tajaan Tambahan RM800k
MakanBola
TRW Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pasukan The Red Warrior bakal menerima tajaan tambahan.

Beliau yang juga mesra disapa dengan nama Zamsaham menjelaskan sebuah syarikat kosmetik mahu menaja TRW dengan pakej Gold yang bernilai RM800,00. 

Ad

“Terkini ada sebuah syarikat kosmetik mengesahkan secara lisan untuk sponsor pakej Gold RM800,000. Saya akan umumkan bila sah penerimaan.”

Ad

Zamsaham dalam pada itu menegaskan bahawa wang tajaan ini bakal digunakan ke arah pembangunan fasiliti kelab. Beliau sedar bahawa pasukannya perlu melakukan persiapan dan perancangan awal bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. 

“Duit penajaan akan digunakan sebaiknya utk memperkemaskan fasility dan team TRW Kelantan FC.”

Ad

“Kita kena siap sedia awal, sebab musim depan dah main di Liga Super. Level permainan tentunya berbeza,” tulis Zamsaham. 

Ad

Pasukan Kelantan yang kini sedang mengungguli carta Liga Premier akan meneruskan cabaran liga berdepan pasukan Terengganu II pada Jumaat ini, 19 Ogos 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Ad