Kelantan DN Letak Sasaran Tinggi
Liga Super
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kelantan Darul Naim meletakkan sasaran tinggi untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan musim ini.

Perkara ini dinyatakan oleh pengurusan Kelantan DN yang mahu kembali memberikan cabaran kepada pasukan lain di Liga Super.

Advertisements

Bukan itu sahaja, mereka tercicir mata lagi ketika liga dijangka semakin sengit selepas beberapa pasukan turut membuat perubahan dalam tempoh perpindahan.

Kelantan Darul Naim juga meletak sasaran untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga selepas mendapatkan beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 26 Ogos lalu.

Advertisements

Skuad kendalian Park Jae-hong telah merekrut lima pemain termasuk dua tenaga import dari Palestin serta Myanmar selain melepaskan tiga import sebelum ini.

“Dua import yang baru menyertai pasukan iaitu Layth Kharoub dan Aung Kaung Mann beraksi di posisi serangan manakala dua pemain tempatan, Hakimi Abdullah serta Muhaimin Izzudin pula diberi harapan membantu Oday Kharoub di posisi tengah.

Advertisements

“Sementara itu, Fikri Che Soh turut dibawa pulang secara tetap dari Kedah Darul Aman FC supaya memberikan cabaran kepada penjaga gol sedia ada sekaligus berjuang merebut posisi nombor satu KDN FC,” ujar kelab dalam satu kenyataan.

Kelantan DN juga menjangkakan perubahan dalM corak permainan setelah berusaha membuat perubahan dalam senarai pemain.

Advertisements

Kelantan juga berharap agar dapat memberikan saingan terbaik kepada JDT bagi aksi berikutnya walau sukar.

Setelah itu, KDN akan ke Negeri Sembilan dan tidak rela pulang dengan membawa kekalahan.

Advertisements

News Comments Account