Kelantan FC Jawab Isu Gaji ‘9 Hari’ Pemain
Dunia
MakanBola
Advertisements

Pihak TRW Kelantan FC kesal dengan dakwaan dan kenyataan beberapa bekas pemain pasukan berkenaan yang mencemarkan imej pasukan.

Terdahulu beberapa bekas pemain pasukan berkenaan memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang mempersoalkan tindakan kelab membayar gaji ‘9 hari’ dan meluahkan kekecewaan.

Advertisements

Lantas pihak TRW Kelantan FC membuat satu kenyataan media menjawab isu berbangkit dan menjelaskan ianya termaktub dalam kontrak yang telah dipersetujui para pemain.

“TRW Kelantan FC merasa terkilan terhadap kenyataan yang dianggap boleh mencemarkan imej serta reputasi kelab di mana ianya dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.”

Advertisements

“Di sini kami ingin menegaskan berkaitan gaji pro rate bahawa semua pemain telah menandatangani surat tawaran di awal musim dan dipersetujui seperti yang termaktub di dalam surat tawaran selaras Klausa 2 Salary. Gaji Terakhir dikira Prorate kerana pemain beraksi hanya 9 hari dan merupakan hari terakhir pada November 2021 yang lepas.”

“Gaji-gaji bonus dan KPI semua pemain dari awal musim sehingga kini tiada tertunggak dan diselesaikan mengikut bulan yg sama.”

Advertisements

Pihak Kelantan FC turut menjelaskan bahawa mereka terbuka melakukan rundingan dengan bekas pemain mengikut saluran yang betul bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Mengikut amalan kebiasaan syarikat swasta, kiraan pro-rate untuk bekas pemain atau pekerja adalah satu kebiasaan dan ianya adalah sah dari segi undang-undang dan pihak TRW Kelantan FC turut menjelaskan bahawa perkara ini termaktub dalam kontrak yang dipersetujui para pemain.

Advertisements

News Comments Account