Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Kelantan FC dikhabarkan telah pun berhasil untuk menjana keuntungan kelab buat kali kedua berturut-turut.

Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

Menerusi satu kenyataan, Zamsaham menjelaskan bahawa bulan Ogos ini bakal menjadi bulan kedua buat Kelantan menjana keuntungan hasil pelbagai inisiatif dan usaha yang dilaksanakan.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah pun memberitahu l bahawa pada bulan Julai yang lalu menjadi detik  bersejarah buat Kelantan FC apabila kali pertama menjana keuntungan sejak kelab ini dibeli oleh beliau pada September 2020.

Kelantan FC yang bakal beraksi di Liga Super musim hadapan dijangka akan terus mencipta keuntungan selepas percaturan Zamsaham yang pelbagai dan juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Usaha beliau untuk menarik para penonton hadir ke stadium juga merupakan salah satu inisiatif daripadanya selain pelbagai pakej yang ditawarkan juga telah menyumbang kepada penjanaan ekonomi kelab.

Advertisements

Setelah mendapat pelbagai dana tambahan menjelang musim baharu, Kelantan sudah pasti bakal terus melakukan percaturan penting untuk menjana keuntungan kelab bagi bulan yang mendatang.

CEAF9CDC EDBF 42F1 9B7F 912C02850153 Kelantan Jana Keuntungan Kali Kedua Berturut-Turut
FB: Zamsaham
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram