Kelantan Malukan Skuad Muda Selangor
Liga M3
Selangor FC
Advertisements

Hasrat juara Piala Belia musim lepas, Selangor FC menambah kelebihan mata dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 tidak kesampaian apabila dimalukan Kelantan FA 2-1 hari ini.

Selepas merekodkan kemenangan ke atas Sri Pahang FC 3-0 pada 28 April lalu, skuad muda Merah Kuning mahu meneruskan momentum kemenangan.

Sementara Kelantan pula ingin bangkit selepas tewas kepada Singa Muda Perlis 1-0 di Machang, Kelantan pada 27 April lepas.

Advertisements

Selangor yang dibimbing Khushairi Abdul Wahab tampil garang pada babak pertama untuk memburu gol awal.

Serangan demi serangan diatur ke atas kubu pertahanan skuad Kijang tetapi digagalkan oleh penjaga gol pelawat, Wan Muhd Afiq Wan Mohd Afandi.

Advertisements

Ini memaksa Selangor menunggu sehingga minit ke-35 untuk membuka tirai jaringan menerusi Nabil Fitri Mustaffa.

Tersentak, pasukan pelawat bangkit memburu gol penyamaan. Kelantan memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga rehat menerusi gol Amri Hakim Azmi.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Selangor berusaha memburu gol tambahan untuk mendapatkan satu lagi kemenangan di gelanggang sendiri.

Ini memaksa Wan Muhd Afiq bekerja keras menafikan setiap percubaan Merah Kuning diketuai dua pemain gantian, Aiman Amsyar Sha’ari dan Hatif Irfan Che Hamizi.

Advertisements

Tatkala Selangor ghairah memburu gol, Kelantan mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-69 menerusi peledak mereka, Wan Muhammad Irfan Wan Zainudin.

Skuad muda Merah Kuning berusaha mendapatkan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, kecekapan Wan Muhd Afiq mengawal gawang skuad Kijang memastikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Selangor masih menerajui Kumpulan A dengan tiga mata. Walau bagaimanapun, kedudukan ini boleh berubah apabila baki perlawanan Kumpulan A berlangsung esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram