Liga Premier: Kelantan Pamer Kebangkitan Luar Biasa Tumbangkan PDRM
Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Pertembungan saingan Liga Premier yang melibatkan pasukan Kelantan dan juga PDRM berlangsung sengit dalam usaha meraih mata penting di Liga Premier.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 5 petang ini berkesudahan dengan kekecewaan buat PDRM apabila kehilangan 3 mata berharga.

Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal minit pertama permainan apabila PDRM lebih kerap melancarkan serangan ke arah gawang Kelantan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin menafikan peluang pasukan pelawat untuk mengawal keadaan.

Namun begitu, kealpaan barisan pertahanan anak didik Rezal Zambery Yahya dihukum oleh gol cantik yang menjadi  pemisah antara kedua pasukan pada separuh masa kedua.

Bersambung babak kedua, Kelantan dilihat tidak mahu membuang masa untuk mencari gol penyamaan.

Advertisements

Usaha yang tidak mengenal erti putus asa Kelantan membuahkan hasil apabila gerakan yang dimulakan dari bahagian sayap kiri memerangkap barisan pertahanan PDRM untuk memperoleh sepakan penalti.

Penyerang Kelantan, Nurshamil Abd Ghani mudah menyempurnakan penalti itu untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Kelantan seakan mendapat tonik tambahan apabila terus mengasak gawang PDRM dan hasilnya, Ikhwan Yazek menjaringkan gol yang berkelas dunia untuk meletakkan pasukan di depan.

Advertisements

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat dibunyikan untuk menghadiahkan 3 mata buat Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram