Kelantan Red Warrior Mahu Bina Pusat Latihan Bertaraf FIFA
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mahu membina sebuah pusat latihan yang mendapat piawaian FIFA.

Hal ini dizahirkan pengurusan pasukan itu apabila meninjau tapak kawasan yang bakal menjadi pusat latihan pasukan itu baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nasken Coffee, Nazif Ab Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kelantan RW, Nik Khuzaimi Nudin mengetuai lawatan tersebut.

Kelantan RW berharap menerusi pembinaan pusat latihan baru itu, ini bukan saja membantu pengurusan kelab dengan menyeluruh.

Malah, ini dapat membantu pasukan Pantai Timur itu menaikkan lagi taraf bola sepak negeri Kelantan dan Malaysia amnya.

Proses pembinaan pusat latihan sebelum ini sedikit tertangguh. Ini kerana pengurusan Kelantan RW fokus mencari kontraktor berpengalaman dan pernah terlibat membangunkan pusat latihan bertaraf tinggi.

Ini memastikan setiap perkara membabitkan pembangunan pusat latihan pasukan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Claim Money Packet TnG