Kelantan Sedia Meriahkan Liga M3
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Dengan Kelantan FC sah tidak lagi beraksi dalam Liga Super, kini fokus pasukan itu ialah membuat persiapan untuk Liga M3.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pasukan dari Pantai Timur itu telah menghantar surat permohonan kepada Amateur Football League (AFL) untuk menyertai liga tersebut untuk musim 2024-2025 pada 7 Januari lalu.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AFL, Raimi Fakri Mohd Fuad.

Advertisements

Bagaimanapun, permohonan pasukan itu akan dinilai secara merit oleh AFL dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk penarikan diri pasukan daripada liga.

“Saya tak menafikan memang kita ada terima permohonan rasmi daripada Kelantan untuk bermain di MBSB Bank Championship (nama rasmi Liga M3).

Advertisements

“Cumanya seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini, fokus kita adalah untuk 14 pasukan yang layak secara merit.

“Kita akan perhalusi juga permohonan Kelantan, cumanya dia (Kelantan) diletakkan asing daripada 14 pasukan.

Advertisements

“Kalau kata ada sebarang penarikan diri atau pun pasukan-pasukan daripada 14 pasukan ini boleh memberikan pengesahan mungkin ada ruang untuk pasukan Kelantan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro.

Sekiranya permohonan Kelantan berjalan lancar, pasukan tersebut dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan sama ada Harini FT atau KL Rovers FC.

Advertisements

Ini kerana salah satu daripadanya berpotensi dipilih Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menggantikan Kelantan di Liga Super musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram