Ads
Dunia
TRW Kelantan FC

Kelantan FC kini telah mengumumkan bahawa larangan merokok dalam kawasan stadium telah pun mula dikuatkuasakan.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi pasukan, inisiatif ini diambil bagi memastikan keselesaan dalam perkarangan stadium dapat diwujudkan terutamanya kepada golongan ibu dan juga kanak-kanak.

Advertisements

Malah, hal ini turut disahkan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham yang turut memuat naik perkara ini di laman Facebooknya hari ini.

Advertisements

Advertisements

Beliau turut menyeru kepada para penyokong setia The Red Warriors agar dapat turun memeriahkan perlawanan pada hari ini.

Sebelum ini, terdapat suara para penyokong menzahirkan kebimbangan terhadap situasi ini selepas asap dan juga puntung rokok ditemui berkeliaran dalam kawasan stadium sekaligus meyebabkan situasi kurang senang terhadap sebahagian penyokong di sana.

Advertisements

Kelab ternyata cakna dengan perkara ini sekaligus mengumumkan bahawa rokok, membuah rusuhan, membuang sampah dan juga larangan membawa makanan dan minuman dari luar stadium.

Advertisements

Kelantan kini berada pada tangga kedua dengan 36 mata selepas berkongsi jumlah yang sama dengan pasukan JDT II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram