Kelantan Serahkan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah
MakanBola
Kelantan FC
Sponsors

Pasukan Kelantan FC dalam satu muat naik terkini di laman Facebook mereka mengesahkan bahawa pihak pengurusan akan bertindak tegas dalam dalam menangani isu fitnah yang disebarkan dalam media massa.

Pihak Kelantan FC telah mengambil tindakan dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000 kepada seorang pesalah laku yang menyebarkan fitnah baru-baru ini. Pesalah laku telah memohon pengurangan dan pihak kelab mempersetujuinya namun bayaran tersebut perlu diinfakkan kepada madrasah-madrasah sekitar Kelantan.

Ad
Sponsors

“Untuk makluman, peguam TRW Kelantan FC telah mengambil tindakan dengan menghantar satu (1) Letter of Demand (LOD) kepada penyebar fitnah dan pesalah laku mengikut sistem perundangan agar tidak menyebarkan tomahan tidak benar mengenai kelab.

Ad

“Menerusi notis tuntutan, pihak kelab telah menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000 daripada pesalah laku. Pesalah laku juga telah memohon rayuan pengurangan penyelesaian sebanyak RM2,000 serta bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook beliau.

“Pihak kelab telah bersetuju dengan amaun pengurangan dan mengarahkan agar RM2,057.25 tersebut tidak dibayar kepada kelab sebaliknya diinfakkan dengan pembelian barangan keperluan makanan harian di atas nilai yang sama untuk diserahkan kepada madrasah-madrasah sekitar Kelantan.

Ad

“Pihak kelab ingin menyatakan bahawa tindakan ini bukan untuk mengaut keuntungan atau mencari publisiti, sebaliknya pihak kelab ingin memberi pengajaran kepada mana-mana individu/pihak yang sewenang-wenangnya menabur fitnah, menjatuhkan imej dan/atau mengadu domba terhadap TRW Kelantan FC, pemain-pemain dan pihak yang berkaitan dengan kelab,” jelas pihak Kelantan FC.

Ad

Pihak Kelantan FC berharap agar tindakan yang diambil ini menjadi pengajaran kepada semua. Sememangnya fitnah itu mampu menjejaskan reputasi sesebuah pasukan.

Ad