Liga Premier: Kelantan Takluk Tangga Teratas Liga
Dunia
mfl
Advertisements

Kelantan FC kembali takluk Liga Perdana selepas berjaya menundukkan UiTM FC 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV petang semalam. 

Jaringan tunggal pemain tengah Kelantan, Syed Zobri pada minit ke-76 menghadiahkan tiga mata berharga di laman sendiri sekaligus menjarakkan lagi kedudukan di carta Liga.

Ini merupakan kemenangan ke-8 buat skuad bimbingan Rezal Zamberi Yahya selepas mengharungi 10 perlawanan. 

Advertisements

Kelantan kini mengumpul 25 mata mengatasi Terengganu II (23 mata) dan Johor Darul Ta’zim (21 mata). 

Sepanjang 10 perlawanan, Kelantan hanya mencatatkan keputusan satu seri dan satu kalah. 

Skuad bimbingan Rezal Zamberi Yahya ini harus diberi pujian kerana konsistensi yang ditampilkan anak buahnya dengan peroleh mata berharga dalam setiap perlawanan. 

Advertisements

Ianya satu permulaan yang baik setelah bermulanya pusingan kedua saingan Liga Perdana musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram