Liga Premier: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Selangor Di Laman Sendiri
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Perlawanan ke-17 Liga Premier menyaksikan Kelantan tumbang di laman sendiri apabila mereka dikejutkan oleh Selangor II dengan keputusan 0-2.

Kedua-dua pasukan bermula baik apabila serangan awal dimulakan oleh barisan serangan tuan rumah untuk mencari gol awal.

Namun begitu, anak didik Rezal Zambery Yahya tersentak ketika satu serangan hasil pengeluaran bola daripada zon bahaya Selangor singgah di kaki Alif Izwan Yuslan pada minit ke-29.

Advertisements

Selangor II seakan mendapat tonik tambahan apabila mereka terus mencari gol kedua pasukan dan hasilnya, serangan dari bahagian kiri pasukan membawa kepada gol kedua pelawat.

Rembatan deras melencong ke arah gawang Kelantan yang gagal ditempis menjadikan Selangor selesa mendahului.

Bersambung babak kedua, peluang terbaik Kelantan hadir menerusi penyerang sensasi, Nurshamil Abd Ghani namun rembatannya di dalam kotak penalti tidak tepat ke sasaran.

Advertisements

Gol tuan rumah akhirnya tiba apabila rembatan deras pertahanan Kelantan, Ghaffar berjaya menerjah jaring pada minit ke-75.

Beberapa peluang keemasan juga disia-siakan sekaligus menyebabkan Kelantan hilang 3 mata berharga.

Kelantan kekal di tangga kedua selepas mengumpul 36 mata setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram