Kelantan United Jawab Kecaman Import ‘Tua’
Dunia
Goal
Advertisements

Faktor usia pemain dalam sukan bola sepak sememangnya menjadi salah satu faktor yang dianggap penting buat pasukan. Graf prestasi pemain selalunya akan menurun apabila usia mereka sudah menjangkau 35 tahun.

Namun bagi pasukan Liga Super, Kelantan United, mereka mempunyai sebab tersendiri apabila membawa masuk pemain import berusia 38 tahun iaitu Morgaro Gomis. Pengalaman luas Gomis beraksi di Liga Scotland akan ditagih pasukan untuk memberi saingan sengit dalam saingan Liga Super musim ini.

“Ramai yang masih meragui dan memandang sinis kemampuan Morgaro Gomis kerana melihat usianya yang bakal mencecah 38 tahun pada musim 2023. Tetapi tahukah anda, selepas ditamatkan kontrak oleh Kelantan FA pada 2018, Gomis kembali ke Liga Scotland dengan reputasi tinggi.

Advertisements

“Secara keseluruhannya, dia telah beraksi 114 perlawanan sejak itu atau lebih 6500 minit. Angka perlawanan Gomis mungkin masih lagi meningkat seandainya tidak keluar dari kelab terakhir, Clyde FC kerana saban minggu dia diturunkan dalam kesebelasan utama. Berikut adalah pecahan perlawanan Morgaro Lima Gomis sejak 2019,” jelas Kelantan United di laman Facebook rasmi mereka.

Untuk rekod, Gomis pernah beraksi di Malaysia bersama pasukan Kelantan pada musim 2016 sehingga 2018 sebelum berhijrah ke Oman dan seterusnya ke Scotland. Kelab terakhir beliau adalah Clyde FC yang merupakan kelab yang beraksi di liga divisyen ketiga Scotland.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram