Kelantan United Terima Tajaan 6 Angka Dari EXA Summerlife
Dunia
Kelantan United
Advertisements

Pasukan Kelantan United terus rancak mendapat sokongan penaja menjelang saingan Liga Super yang akan bermula pada akhir Februari ini. Terbaru, EXA Summerlife pula mengumumkan kesinambungan komitmen mereka sebagai penaja skuad Kijang Hijau yang dimeterai sejak 2020.

Menerusi tajaan EXA Summerlife ini, Kelantan United bakal menerima penajaan berjumlah RM390,000 dalam bentuk wang tunai, peralatan pejabat dan air kotak jenama Summerfield.

Majlis pemeteraian perjanjian dan penyerahan penajaan diadakan di pejabat urusan kelab di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu semalam. Ia dihadiri oleh Pengarah EXA Summerlife, Irwan Firdaus Mohamad, COO syarikat, Wan Muslihin Wan Husin dan CEO Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman.

Advertisements

EXA Summerlife berharap menerusi tajaan ini, ia dapat membantu anak-anak buah Tomas Trucha menampilkan aksi terbaik dalam Liga Super musim 2023.

Kelantan United bakal membuka tirai cabaran mereka dalam Liga Super dengan menentang Selangor pada 26 Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram