Kelantan WTS Menang Percuma, Lawan Tak Cukup Pemain
MakanBola
Kelantan WTS FC

Kelantan WTS FC mendapat kemenangan percuma untuk aksi Liga A1 Semi-Pro menentang Machan FC.

Ini selepas Amateur Football League (AFL) memaklumkan Machan tidak memiliki bilangan pemain mencukupi untuk melengkapkan perlawanan menentang pasukan Pantai Timur itu.

“Kelantan WTS FC diberikan kemenangan 3-0 di atas kegagalan Machan FC menurunkan bilangan Pemain yang mencukupi untuk memulakan perlawanan.

“Sebarang tindakan lanjut dan hukuman tambahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan WTS terus menghambat Kedah FA di tangga ketiga liga dengan 40 mata.

Ini bukan kali pertama pasukan Liga A1 diberi kemenangan percuma oleh AFL musim ini. Sebelum ini, UM Damansara diberi kemenangan percuma selepas lawan mereka, Seoul Phoenix tidak hadir.

Pasukan utara tanah air, Perak FA juga diberi kemenangan percuma susulan isu membabitkan gelanggang Malaysian University FT (MUFT), Stadium MMU.