Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Menang Selesa Atasi Palestin
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertembungan Kelayakan Piala Asia bawah 17 yang melibatkan Malaysia menentang Palestin berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik Harimau Malaya dengan keputusan 4-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Pakansari, Bogor Indonesia ini menyaksikan pasukan negara turun dengan moral terbaik untuk mencatat kemenangan.

Bermula seawal minit pertama permainan, anak didik Osmera Omaro terus memberi tekanan yang cukup baik kepada Palestin namun kekebalan pertahanan lawan menjadi pemisah.

Advertisements

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama ditiup untuk mengikat kedudukan 0-0 antara kedua pasukan.

Bersambung babak kedua, percaturan Osmera seakan menjadi tonik terbaik apabila Malaysia berjaya menjaringkan 4 gol dalam tempoh 45 minit terakhir.

Gol pertama Malaysia hadir menerusi pemain sensasi negara, Anjasmirza pada minit ke-50 untuk memecah kebuntuan dalam perlawanan ini.

Advertisements

Jaringan tersebut seakan menjadi tonik luar biasa apabila ia disusuli oleh jaringan Faris Danish pada minit ke-68 dan Arami Wafiy pada minit ke-74.

Zainurhakimi Zain melengkapkan kemenangan bergaya ke atas pasukan Palestin menerusi gol saat akhir sekaligus membuka tirai perlawanan dengan penuh bergaya.

Malaysia yang berada dalam Kumpulan B bakal berdepan cabaran musuh tradisi, Indonesia selain Guam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menanti.

Advertisements

Saingan ini juga dikenali sebagai Kejuaraan AFC B-16 atau Kejuaraan AFC B-17 sebelum ini yang menyaksikan kali terakhir ianya dilangsungkan adalah pada tahun 2018 di Malaysia.

Jepun telah pun dinobatkan selaku juara pada edisi tersebut dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas berjaya menumpaskan Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram