Wakil tunggal Asia Tenggara, Indonesia menghadapi laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan maut dalam misi untuk mara ke pentas Piala Dunia 2026.
Majlis Undian Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu menyaksikan penentuan getir 18 pasukan yang mara ke pusingan berikutnya.
Anak didik Shin Tae-yong menjadi wakil tunggal ASEAN di Asia selepas muncul naib juara Kumpulan D sekaligus bakal melakukan debut pada pusingan kali ini bersama Kyrgyzstan dan juga Palestin.
Sebanyak 18 pasukan telah dipecahkan kepada 6 pot dengan Pot 1 terdiri daripada pasukan Jepun, Iran dan Korea Selatan, Pot 2 (Australia, Qatar dan Iraq), Pot 3 (Arab Saudi, Uzbekistan dan Jordan), Pot 4( UAE, Oman dan Bahrain), Pot 5 (China, Palestin dan Kyrgyzstan) dan Pot 6 iaitu Korea Utara, Indonesia dan Kuwait.
Undian tersebut menyaksikan Kumpulan A terdiri daripada pasukan Iran, Qatar, UAE, Kyrgyzstan dan Korea Utara.
Kumpulan B juga menyaksikan persaingan sengit antara pasukan Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait.
Kumpulan C pula menyaksikan persaingan antara pasukan Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain, China dan Indonesia.
Perlawanan pertama pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dijadualkan bermula pada 5 September 2024 hingga Jun 2025.
Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 dengan pasukan tangga ke-3 dan 4 akan mara ke pusingan keempat.
Dua kumpulan yang mengandungi 3 pasukan akan bersaing dengan juara kumpulan akan ke Piala Dunia 2025 manakal naib juara dua kumpulan akan bersaing semula dengan pemenang akan ke aksi play-off antara benua.