Kelibat ‘Ruben Amorim’ Di Padang Latihan Penang
MakanBola
Penang FC/ Manchester United

Penyokong Penang FC dikejutkan dengan kehadiran staf kejurulatihan baharu yang mana wajahnya hampir seiras dengan pengurus Manchester United, Ruben Amorim.

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmed M. Sayed, Penolong Ketua Jurulatih Penang dari Mesir yang kini membantu Wan Rohaimi Wan Ismail mengemudi Harimau Kumbang untuk saingan Liga Super 2025-2026.

“Makkk aihhh! Ingat Amorim tadi. Sebijik weii,” komen seorang penyokong Penang di laman Facebook. Malah ada juga gurauan yang menggelar beliau sebagai Amorim cawangan Penang.

Walaupun baru dalam bola sepak Malaysia, kehadiran Ahmed bukan sekadar rupa. Dengan latar belakang kejurulatihan dari Timur Tengah, beliau dilihat sebagai pelengkap kepada falsafah taktikal Wan Rohaimi yang terkenal dengan pendekatan moden dan berani.

Gandingan ini dilihat sebagai strategi Penang untuk melonjak dalam Liga Super musim ini selepas beberapa musim yang tidak konsisten.

Selain Ahmed M. Sayed, barisan kejurulatihan Penang turut diperkuatkan dengan beberapa jurulatih tempatan seperti Mat Saiful (penolong jurulatih), Mohamad Hisyam (jurulatih penjaga gol) dan beberapa nama lain lagi.

Sebagai info, Penang antara pasukan paling awal membuat persiapan untuk Liga Super 2025-2026. Daripada lantikan kejurulatihan ke kemasukan pemain baharu, Harimau Kumbang menunjukkan kesungguhan luar biasa untuk mencipta impak musim depan