Kelibat Wanita Misteri Taktikal JDT Terjawab
Dunia
MakanBola
Haydee Agras
Advertisements

Setelah mengetengahkan sains sukan secara meluas sejak beberapa tahun lalu, JDT juga telah menjalin kerjasama dengan penganalisis bola sepak iaitu Haydee Agras. Beliau turut dikesan telah berbincang dengan Mora berkaitan taktikal semasa pelawanan menentang Ulsan kelmarin.

Haydee Agras merupakan bekas pemain bola sepak futsal wanita yang kini menjadi menyediakan JDT laporan yang terperinci mengenai lawan mereka yang seterusnya, meninjau kekuatan, kelemahan, langkah taktikal, ancaman dan banyak lagi.

Advertisements

Bukan itu sahaja, menurut laporan yang dikeluarkan daripada laman Twitter, wanita ini juga bekerja keras menganalisi prestasi setiap pemain JDT. Malah menganalisis pihak lawan yang akan bertemu JDT.

Menurut portfolio, setiap musim beliau mengadakan 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

Advertisements

Dalam pada itu, untuk berada dalam bidang ini bukannya mudah, perlukan kemahiran yang tinggi dari segi mahir dalam matematik model dan reka bentuk. Namun, perkara ini harus ada semangat yang tinggi untuk melaksanakannya.

Sebagai rekod, Haydee pernah menyediakan analisis untuk beberapa kelab besar. Beliau juga telah menghasilkan analisis prestasi untuk Copa Libertadores, Piala Dunia, Piala Afrika, Liga Timur Tengah dan banyak lagi.

Advertisements

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] itu sahaja, menurut MakanBola dan laporan yang dikeluarkan daripada laman Twitter, wanita ini juga bekerja keras menganalisi […]

News Comments Account