Kemajuan Junior Eldstal Bersama Chonburi Beri Petanda Positif
Dunia
Instagram: @chonburi_fc_official
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal sedang menikmati permulaan yang cukup memberangsangkan bersama pasukannya musim ini setelah dua musim berkelana di Thailand.

Liga 1 Thailand (Thai League 1) baru sahaja memulakan perlawanan kompetitif yang pertama, namun Junior sudah mula mendapat kepercayaan jurulatihnya iaitu Sasorm Pobprasert untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 31 tahun ini diturunkan sebagai pemain pertahanan tengah dalam formasi 3-4-1-2 yang digunakan oleh jurulatih kelahiran Thailand itu. Bukan itu sahaja, beliau diamanahkan untuk mengemudi barisan pertahanan untuk mengawal gerakan penyerang import BG Pathum United, Diogo Luis Santo yang merupakan bekas penyerang JDT.

Advertisements

Beliau juga berjaya menghabiskan saingan dengan beraksi selama 90 minit pada perlawanan tersebut. Gandingannya bersama Renato Celic dan seorang lagi pertahanan Thailand dilihat cukup ampuh sungguhpun dibolosi pada minit ke-17 oleh Diogo.

Ia pastinya bukan satu tugas mudah buat Junior dan pasukan untuk menentang juara bertahan itu yang dibarisi rata-rata pemain yang cukup berkualiti dan berpengalaman. Namun begitu, keputusan untuk menurunkan beliau dilihat sebagai percaturan yang tepat apabila berjaya meraih satu mata berharga.

Perlawanan tersebut juga didominasi oleh pasukan tuan rumah dengan 54% berbanding pasukan pelawat yang lebih selesa melancarkan gerakan menerusi serangan balas pantas.

Advertisements

Sebagai rekod, beliau telah berjaya membuat 12 penampilan bersama pasukan tersebut pada musim lepas dan hanya satu perlawanan yang diturunkan sebagai pemain gantian. Ini membuktikan bahawa beliau menjadi watak penting dalam pasukan ketika ini.

Bukan itu sahaja, beliau juga menjadi penjaring gol kemenangan buat pasukannya ketika separuh akhir Piala FA sekaligus membawa pasukannya ke pentas akhir musim lepas.

Kemenjadian persembahan dan konsistensi yang dipamerkannya telah membawanya ke skuad kebangsaan yang beraksi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di UAE. Ini bakal menjadikan peluangnya untuk merebut semula tempat dalam pasukan kebangsaan menjadi lebih cerah jika aksi sebegini terus disajikan.

Advertisements

Semoga beliau terus menikmati perjalanan karier yang gemilang di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram