Kemampuan JDT Buka Mata Penjaga Gol Tajikistan
Dunia
Izari Rosli / Flash Sukan
Advertisements

Wira Tajikistan di pentas final King’s Cup 2022 tempoh hari, Yatimov Rustam mengakui sedang mengikuti rapat tentang perkembangan bola sepak di Malaysia.

Ketika pasca perlawanan final antara Malaysia dan Tajikistan, beliau berkongsi detik hitam yang masih segar di ingatannya ketika beliau bertemu Malaysia pada November 2019 di Bukit Jalil. Malaysia menang dengan keputusan 1-0 sementara beliau telah dilayangkan kad merah.

Sejak itu, beliau semakin minat untuk melihat dan membaca berkaitan Liga Malaysia.

Advertisements


“Ya, saya mengikuti rapat perkembangan bola sepak di Malaysia. Kerana sebelum ini saya pernah bermain di sana (Bukit Jalil). Ketika itu, saya dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Malaysia. Lepas dari itu, kadang-kadang saya membaca tentang liga Malaysia, ujarnya sambil berseloroh.

Penjaga gol muda berusia 24 tahun itu juga teruja melihat prestasi semasa pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim yang semakin berjaya menyaingi pasaran kelab-kelab Asia. Beliau akui JDT merupakan sebuah pasukan hebat dari segenap sudut.

“Saya melihat Johor Darul Ta’zim sebagai sebuah pasukan yang besar di Asia. Ya mereka sebuah kelab yang kuat dan memiliki ramai pemain Malaysia serta import-import bintang,” katanya kepada MakanBola.

Advertisements

Yatimov Rustam kini menjaga penjaga gol utama buat pasuksnnya, FC Istiklol dan akan terus menjadi pilihan utama Petar Šegrt buat Tajikistan di pentas Piala Asia 2023 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram