Ads
Dunia
terengganu fc

Kemasukan Nik Sharif Haseefy pada separuh masa kedua ternyata menjadi apabila beliau berjaya membantu jentera serangan Terengganu merobek gawang gol KL City semalam.

Advertisements

Percaturan jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain memasukkan Nik Sharif dengan menggantikan Faiz Nasir pada minit ke-70 permainan memang berbaloi.

Advertisements

Kehadiran Nik Shariff terbukti memberi impak segera buat Terengganu apabila dua jaringan terhasil dalam masa sepuluh minit iaitu pada minit ke-74 dan ke-81 permainan.  

Advertisements

Advertisements

Pemain kelahiran Pahang ini turut mencipta satu bantuan jaringan bagi gol kedua Terengganu yang dijaringkan oleh Manuel Ott. 

Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain akui sangat berpuas hati dengan permainan yang ditampilkan Nik Sharif. 

Advertisements

Nafuzi Zain dalam pada itu berpendapat bahawa Nik Sharif adalah seorang pemain yang berbakat dan bakal menyinar di masa hadapan jika diberi lebih minit permainan. 

“Dalam aksi persahabatan, beliau pamer aksi terbaik dan sebagai pemain baharu, beliau akan lebih perbaiki dari semasa ke semasa dari semua aspek. 

“Bagi saya beliau adalah pemain yang berbakat dan itu adalah sebab saya membawa beliau masuk ke Terengganu,” kata Nafuzi dalam sidang media di Facebook Terengganu selepas tamat perlawanan.

Advertisements

lni merupakan penampilan sulung buat pemain berusia 25 tahun ini beraksi bersama Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram