MFL
KDA FC B
Advertisements

Biarpun dilanda isu tunggakan gaji, namun pasukan pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil tindakan di luar jangkaan apabila memberikan akses percuma masuk ke stadium bagi aksi Piala MFL di antara KDA FC B dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Advertisements

Dalam satu muatnaik di laman Facebook rasmi Kedah Darul Aman FC, perlawanan hangat itu dianggap sebagai penebus maruah buat pasukan Kedah yang mahukan kemenangan pertama dalam Liga Juara MFL.

“Ayuh ke Stadium Darul Aman menyaksikan pertembungan KDA FC B dan JDT FC II malam esok (malam ini) di Stadium Darul Aman. Masuk adalah percuma!

Advertisements

“Perlawanan terakhir Liga Juara ini pasti sengit memandangkan JDT FC II memerlukan 3 mata untuk menjamin tangga kedua Liga Juara dan slot ke Perlawanan Akhir Piala MFL, manakala Sang Kenari B mahukan perlawanan ini sebagai penebus maruah sekurang-kurangnya kemenangan pertama di pusingan Liga Juara,” coret KDA FC di laman sosial rasmi mereka.

JDT II yang kini berada di tangga kedua Liga Juara MFL tidak boleh tewas dalam perlawanan ini memandangkan pasukan Sri Pahang, Selangor FC dan PDRM FC mengekori rapat dengan dibezakan hanya satu dan dua mata sahaja.

Advertisements

Manakala tiada apa yang boleh dilakukan oleh KDA FC B yang kini berada di tangga tercorot Liga Juara MFL dengan hanya mengutip satu mata selepas enam perlawanan.

Terengganu kini mendahului carta liga dengan 16 mata dan kedudukan itu sudah selamat buat Sang Penyu untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala MFL 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram