Kemasukan Syafiq Ahmad Bawa Tuah Buat Kedah
Dunia
Arena Hijau Kuning
Advertisements

Kemasukan penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Muhammad Syafiq Ahmad terus menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau jelas memberi kesan yang cukup besar terhadap prestasi pasukan.

Pasukan Hijau Kuning itu turun di halaman sendiri bagi menentang cabaran skuad Tok Gajah yang menyaksikan gol tunggal pertahanan, Rodney Kelvin menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.

Sambil itu, jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin dilihat memuji persembahan yang dipamerkan oleh pasukannya untuk membenam Sri Pahang.

Advertisements

‘Perlawanan yang getir, Pahang pasukan yang ada kelebihan fizikal, tapi pemain dapat menyesuaikan keadaan itu dan berjaya mengawal permainan.’

‘Saya menghargai setiap komitmen yang ditunjukkan pemain dan gembira dengan prestasi pemain yang bekerja keras dari bermula wisel.’

Malah, jurulatih kelahiran Singapura ini turut menegaskan bahawa misi utama pasukan pada malam ini adalah untuk memungut 3 mata.

Advertisements

‘Apa yang penting kami dapat tiga mata berharga malam ini (malam tadi),’- katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Bukan itu sahaja, Aidil turut memuji aksi yang ditonjolkan oleh penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad selepas kemasukannya telah mengubah dimensi pasukan.

‘Saya gembira dengan prestasi beliau (Shafiq), tapi semua pemain muda juga telah buat yang terbaik terutama Khairul Azrin, Muhammad Fayadh,  Fadzrul Danel selain Rodney Celvin Akwensive yang sentiasa berusaha keras mencari gol.’

Advertisements

Kedah bakal berdepan cabaran Selangor Ahad ini dalam usaha untuk membawa kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram