Kematangan De Paula Mungkin ‘Asbab Utama’ Mengapa Beliau Dipanggil Tan Cheng Hoe
Blog
FA Malaysia
Advertisements

Baru-baru ini, jurulatih bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengumumkan senarai 24 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman, Jordan pada 6 dan 9 Oktober ini.

Melihat kepada senarai yang dikeluarkan, pastinya kelibat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula mencuri perhatian peminat bola sepak Negara. Pemain berusia 34 tahun itu sehingga kini telah mengumpul 3 kaps bersama Harimau Malaya dan telah menghasilkan 1 gol.

Sebelum menyertai JDT, De Paula merupakan pemain utama bersama pasukan Perak FC. Untuk rekod bersama skuad ‘The Bos Gaurus’ musim ini, beliau diturunkan 12 kali. Di dalam 12 penampilan tersebut, beliau berjaya mencetak 4 gol dan menghasilkan 3 bantuan gol.

Advertisements

Keputusan menyertai JDT pastinya mengejutkan ramai dek kerana pasti timbul sedikit kesukaran buat beliau untuk bersaing dengan penyerang berbisa pasukan Harimau Selatan, Bergson Da Silva yang sangat prolifik musim ini.

Sehingga kini, khidmat De Paula digunakan sebanyak  5 kali bersama JDT di mana 3 aksi untuk saingan liga dan 2 aksi lagi di Liga Juara-Juara Asia (ACL). Di dalam 5 aksinya bersama JDT, beliau masih belum berjaya menjaringkan gol selepas 35 minit permainan.

Impak yang diberikan oleh Guilherme ketika menyarung jersi Malaysia sentiasa diingati oleh penyokong di mana beliau berjaya membantu penyerang lain untuk mendapatkan peluang menghasilkan gol selain beliau rajin turun dalam membantu pasukan ketika bertahan.

Advertisements

Walaupun kurang memperoleh minit permainan bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun pengalaman luas yang dimilikinya pasti ditagih skuad Harimau Malaya untuk membantu pasukan dalam mencari gol dan beliau pastinya ingin membuktikan beliau penyerang terbaik dalam negara ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram