Advertising
Kempen Liga Super Melaka United Musim Ini Semakin Mengerikan Penyokong
Blog
MakanBola
Melaka United Football Club

Kekalahan 0-1 kepada Sabah FC di laman sendiri semalam menandakan kempen Melaka United dalam saingan Liga Super musim ini semakin mengerikan.

Kekalahan semalam itu merupakan kekalahan kedua daripada tiga perlawanan Melaka United. Satu lagi keputusan mereka ialah keputusan seri ketika menentang Penang FC. Ini bermakna pasukan Melaka United masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan liga musim ini.

Ad

Lebih memeritkan lagi adalah sehingga kini, tiada satu jaringan pun berjaya dihasilkan oleh pemain Melaka United dalam saingan Liga Super. Satu satunya jaringan terhasil buat Melaka United adalah melalui jaringan sendiri pihak lawan.

Ad

Ruangan komen dalam laman Facebook Melaka United, ternyata dapat dilihat beberapa penyokong melepaskan geram selepas melihat kekalahan yang melanda pasukan kesayangan mereka ini.

Rata-rata penyokong tertanya-tanya mengenai taktikal yang cuba ditampilkan anak buah Risto Vidakovic. Ini kerana mereka dilihat masih tercari-cari taktikal yang ingin dimainkan.

Ad

Selain itu, nama bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan juga disebut-sebut oleh segelintir penyokong yang mahukan perubahan drastik dapat dilakukan agar prestasi semasa ini dapat diperbaiki sebelum terlambat.

Ad

Selepas ini, pasukan Melaka United akan turun selaku pasukan pelawat untuk dua perlawanan iaitu menentang Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang. Pastinya kedua-dua perlawanan ini sangat penting untuk sekurang-kurangnya mencipta keputusan positif demi mengubati hati para penyokong mereka yang turun ke stadium semalam.

Ad

Untuk rekod, musim ini Melaka United mengejutkan ramai pihak apabila menandatangani penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ifedayo Olusegun dari Selangor FC. Namun sehingga kini, penyerang dari Nigeria itu masih ketandusan jaringan dan rata-rata penyokong berpendapat bahagian tengah Melaka United kritikal kerana kurang efisien dan gagal melorongkan bola untuk disudahkan Ifedayo.