Kemunculan Thanabalan Beri Sinar Baharu Buat Sabah FC
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Keputusan pengendali baharu pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee untuk membariskan gandingan baharu bagi mengetuai jentera serangan pasukan dilihat sebagai satu keputusan yang tepat apabila berjaya mencuri 1 mata di gelanggang lawan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya itu memperlihatkan kedua-dua pasukan bermotivasi tinggi untuk meraih keputusan yang positif.

Sungguhpun begitu, perkara yang menarik perhatian para penyokong adalah apabila melihat kelibat pemain yang menyarung jersi bernombor 27 itu membarisi kesebelasan utama pasukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Saddil Ramdani.

Advertisements

Beliau juga dilihat bergandingan mantap bersama penyerang berpengalaman, Amri Yahyah untuk mengemudi jentera serangan pasukan kendalian jurulatih baharu Sabah FC, Datuk ong Kim Swee yang memberikan sepenuh kepercayaan buatnya tampil beraksi.

Bekas penyerang bawah 23 tahun negara ini mempamerkan prestasi luar biasa sungguhpun turun buat kali kali kedua dan terus membuktikan bahawa beliau layak mendapat tempat dalam pasukan.

Kelibat beliau dilihat sering mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan selain kebolehannya untuk mencipta peluang yang berkualiti sesekali memberi kelebihan buat Sabah untuk menjaringkan gol.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun ini sesekali melepaskan percubaan namun tidak berhasil menembusi gawang PJ City yang dikawal rapi oleh Kalamullah Al-Hafiz.

Thanabalan juga seorang pemain yang rajin untuk turun ke bawah bagi membantu pasukan ketika bertahan telah mengurangkan beban barisan pertahanan untuk menahan asakan lawan.

Kehadiran beliau jelas memberi impak yang besar buat Sabah sungguhpun sudah lama tidak turun untuk beraksi.

Advertisements

Selepas ini, pasukan Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Muhamad ke-IV pada Khamis ini untuk menentang cabaran pasukan Kelantan FC dalam usaha kedua-dua pasukan untuk memburu 3 mata berharga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram